Sunday, 6 March 2011

Meraikan kemenangan mahal

Dalam dua tiga hari ini,  ,kita akan di sajikan dengan kata kata pujian yang melangit terhadap pemimpin sanjungan mereka kerana parti mereka telah meraih kejayaan yang "cermerlang gemilang" dalam dua pilihan raya kecil yang mana kempen nya amat besar.Berjuta juta wang telah di taburkan ,dijanji kan kepada majoriti orang orang melayu yang tidak mempunyai cita cita besar. Asal dapat makan tiga kali sehari,dapat tidur dengan lena, sudah cukup untuk melayu melayu ini dibuai mimpi.Apa nak pedulikan tentang pemimpin pemimpin mereka yang hidup mewah kerana orang melayu akan mengatakan itu sudah menjadi rezeki mereka.Yang pelik ini pekan sebesar Merlimau dan Kerdau sepatutnya telah maju dan moden setelah 54 tahun di perintah olih parti keramat., tidak lah seperti sekarang yang masih lagi ketinggalan 30  tahun kebelakang.Jadi setiap kali ada pilihanraya, baru lah di bawa masuk pembangunan.Bagus juga kalau malaikat maut mencabut nyawa nyawa wakil rakyat saban masa, sekurang kurang nya rakyat dapat projek mee segera selalu.Dah di takdirkan Illahi, negara ku ini membangun macam ini.Tapi yakin lah , kemenangan Islam akan datang juga, lambat laun. Insha Allah.Tapi kita kena terus buat kerja amal maaruf,nahi mungkar.Jangan berputus asa.Do not be sad , be thankful to Allah always.Every cloud must have a silver lining.

No comments:

Post a Comment